Tutup

Harga ikan jauh lebih berpatutan tanpa orang tengah

Program sumber laut secara terus dari pusat pendaratan ke pusat jualan terpilih mampu menjadi platform terbaik dalam mengekang peranan orang tengah yang menjadikan harga ikan di negara ini dikatakan mahal. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, ia adalah antara usaha kerajaan dalam memastikan harga ikan berada pada tahap berpatutan terutamanya bagi golongan B40.