Harga kereta Perodua, Honda, Volkswagen turun selepas SST

Harga bagi semua model Volkswagen, kecuali untuk model diimport sepenuhnya (CBU) akan lebih rendah berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018. Manakala, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd (PERODUA) menurunkan harga kereta untuk model tertentu antara satu hingga tiga peratus. Honda Malaysia turut mengumumkan harga baharu bagi rangkaian model keluarannya.