Tutup

Harga lembu dan kambing import tidak boleh diselaras - KPDNKK

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga lembu dan kambing yang diimport menjelang perayaan Aidiladha. Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, harga lembu dan kambing dari negara pengimport kini dijual tinggi menyebabkan kpdnkk tidak dapat menetapkan satu harga yang munasabah.