Harga minyak mentah diramal melonjak, RON95 mungkin naik?

Umum tahu had siling minyak ROMN95 adalah RM2.8 sen seliter. Persoalannya kini, sekiranya harga minyak mentah dunia melonjak melepasi paras seratus dolar setong, adakah harga minyak domestik akan kekal pada paras siling semasa? Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (Upm), Dr Yusof Saari berkata jangan naikkan dahulu. Ini kerana struktur ekonomi tempatan masih lagi melalui fasa pemulihan terutama melibatkan kos sara hidup rakyat.