Hari kelima sesi pendengaran awam RCI Wang Kelian

Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015 memasuki hari kelima hari ini. RCI itu telah mendengar keterangan daripada 12 saksi dalam empat prosiding sebelum ini. Langsung dari Putrajaya, rakan setugas, Fareez Azman ada butiran prosiding RCI Wang Kelian, hari kelima.