Tutup

Harta suami boleh dibeku jika gagal beri nafkah - Menteri

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sedang berbincang bersama Kementerian Kewangan (MOF) bagi melaksana tindakan membeku harta dan mengambil wang dari akaun bank suami yang ingkar keputusan mahkamah Syariah. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, rundingan turut dilakukan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat bagi membela nasib isteri dan anak yang terlibat dalam kes penceraian.