Tutup

Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am Pas yang baharu

Majlis Syura Ulamak Pas memilih bekas Peseruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din. Dalam mesyuarat yang diadakan hari ini (Ahad) Majlis Syura Ulamak Pas sebulat suara memilih dan melantik Hashim sebagai Mursyidul Am.