Hasil kutipan GST: Kita lihat jika dapatan PAC itu benar

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu, kerajaan perlu mengetahui di mana wang berjumlah RM19.4 bilion daripada hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya betul dana itu tidak hilang seperti dapatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Katanya, sekiranya kerajaan berjaya menemukan semula wang itu bermakna dapatan PAC adalah benar.