Hasil siasatan IPFN siap dua minggu lagi

Kementerian Kesihatan sedang menunggu laporan lengkap daripada pihak Bomba bagi mengetahui punca serta taksiran nilai kerosakan stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang terlibat dalam kebakaran Sabtu lalu. Laporan itu dijangka siap selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu ini.