Tutup

Video  | 

Hasil transformasi, SPRM lebih cekap dan berkesan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dimensi baru dengan fokus utama memastikan pelaksanaan undang-undang terhadap kes rasuah ditangani sebaik mungkin. Aspek itu dilihat penting dalam usaha memperbaiki persepsi masyarakat mengenai usaha memerangi rasuah di negara ini. Hasil transformasi dan penambahbaik operasi dan penguatkuasaan undang-undang yang dilakukan SPRM sejak 2011 mula menampakkan hasil positif.