Hasrat Nazri kempen untuk PKR disifat pendirian peribadi

Ketua Wanita UMNO menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berhubung hasrat Datuk Seri Nazri Aziz untuk berkempen menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson. Datuk Dr. Noraini Ahmad menyifatkan kenyataan Nazri itu sebagai pendirian peribadinya.