Hasrat Rafizi tidak gugat kestabilan parti

Hasrat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti bulan depan disifatkan tidak akan menggugat kestabilan parti. Menurut Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar, sesiapa sahaja dalam parti itu bebas bertanding apa-apa jawatan pada pemilihan berkenaan.