Haziq digantung laksanakan tugas, tempoh tiga hari tunjuk sebab

Muhammad Haziq Abdul Aziz yang juga Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama digantung tugas serta merta. Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab terhadap Haziq untuk menjelaskan perkara sebenar. Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Putrajaya.