Heng Swee Keat dilantik TPM Singapura baharu

Singapura pada Selasa mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Heng Swee Keat dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa 1 Mei nanti. Dalam satu kenyataan, pejabat Perdana Menteri Singapura berkata heng kekal sebagai Menteri Kewangan dan akan terus mempengerusikan majlis ekonomi masa hadapan serta Yayasan Penyelidikan Kebangsaan.