Tutup

Henti jejas ketenteraman awam, keselamatan negara

Polis mengingatkan orang ramai supaya menghentikan serta merta semua bentuk tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan termasuk perhimpunan aman. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata tindakan akan diambil ke atas penganjur dan peserta perhimpunan yang bertindak dalam apa juga cara yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.