Hentikan polemik kepimpinan selepas Ahmad Zahid serah tugas - Asyraf Wajdi

Segala polemik berkaitan kepimpinan diharap dihentikan selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan tugas Presiden UMNO kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki berkata, seluruh pemimpin dan pendokong UMNO juga kini diminta kembali memperkukuhkan saf dan memfokuskan kepada agenda pembaharuan dan pemerkasaan parti.