HFM, Women: Girls tekad basmi Hepatitis menerusi filem 'Orang Itu'

Tahukah anda? Tiga peratus daripada orang dewasa di Malaysia yang dilahirkan sebelum pelaksanaan vaksinasi Hepatitis B pada tahun 1989 dan sembilan puluh lima peratus daripada tiga ratus lapan puluh ribu orang menghidapi Hepatitis C tidak sedar bahawa mereka terjangkit, terutamanya golongan gelandangan? Bagi meningkatkan kesedaran tentang keseriusan penyakit ini, Persatuan Membasmikan Hepatitis Malaysia (HFM) bekerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (Women:Girls) menerusi tayangan filem yang berjudul orang itu. Ikuti laporan penuh Isabelle Leong.