Hibah berbeza dengan dividen, pemberian bukan diwajibkan

Wujud kekeliruan di kalangan pendeposit lembaga Tabung Haji, TH yang beranggapan TH wajib mengaggihkan hibah setiap tahun. Ini kerana ramai yang menganggap pemberian hibah oleh T-H adalah sama seperti agihan dividen oleh pelaburan lain. Namun, menurut Penasihat Kewangan, Shamsuddin Kadir, hakikatnya ia adalah dua perkara yang berbeza.