Tutup

Hormati keputusan Anwar - Johari

Kenyataan yang dibuat presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu peralihan kuasa untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri ke-8 di Dewan Rakyat, perlu dihormati semua pihak dan tidak perlu dibahaskan lagi. Itu tegas pengerusi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR, Datuk Johari Abdul yang menyifatkan sebarang perdebatan mengenai perkara terbabit bukan sahaja merugikan kerjasama dalam Pakatan Harapan bahkan akan mengundang masalah yang tidak ada penghujung dan muak.