Huawei tawar jaminan waranti dua tahun dan harga istimewa

Huawei, gergasi teknologi terkemuka antarabangsa tampil dengan tawaran menarik bagi pengguna di Malaysia. Pengguna akan menikmati jaminan waranti dua tahun untuk setiap pembelian beberapa model terpilih dari jenama berkenaan, ia melalui pembelian siri Huawei P30, siri Mate 20, siri Nova 4, Nova 3I dan siri Mediapad M5, bermula 1 Julai hingga 30 September depan.