Tutup

Hubungan diplomatik Malaysia-Brunei kekal utuh

Hubungan dua hala, Malaysia-Brunei terus diperkukuh hasil lawatan kerja dua hari, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke negara pengeluar minyak itu. Merupakan antara rakan diplomatik paling akrab, Dr Mahathir memilih Brunei sebagai negara kedua ASEAN dikunjunginya selepas memegang tampuk pentadbiran negara buat kali kedua pada Mei lalu.