Tutup

Hujan di Malaysia tidak selesaikan masalah jerebu

Kejadian hujan di beberapa kawasan pada lewat malam semalam dan hari ini tidak banyak membantu menangani jerebu yang melanda tanah air. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pengurusan Kualiti Udara, Jabatan Alam Sekitar, Wan Aminordin Wan Kamaruddin berkata lokasi punca kebakaran yang tidak mengalami hujan, menyebabkan kualiti udara tidak bertambah baik.