Hukuman setimpal bagi kesalahan dadah perlu diperkenalkan

Hukuman paling setimpal bagi kesalahan berkaitan dadah perlu diperkenalkan sekiranya hukuman mati dimansuhkan. Menurut Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah hukuman yang dilaksanakan adalah satu bentuk pencegahan kepada masyarakat dengan mengambil kira kategori kesalahan.