Tutup

Huminodun: Lagenda Sabah di sebalik kejelitaan Unduk Ngadau

Ramai yang tidak mengetahui asal usul cerita dan lagenda di sebalik pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau. 'Huminodun: A Woman's Legacy' merupakan dokumentari pendek yang menceritakan kisahnya. Kisah lagenda yang diwarisi turun temurun di Sabah, menggambarkan semangat jati diri dan pemikiran di sebalik kejelitaan seorang wanita. Dokumentari ini dihasilkan oleh rakan strategik digital Astro AWANI, Carrybeans TV yang berpangkalan di Kota Kinabalu.