Hutan Simpan Hulu Muda akan jadi Taman Negeri Kedah

Hutan Simpan Hulu Muda, Sik bakal dijadikan Taman Negeri sebagai produk baharu eko-pelancongan di Kedah. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kerajaan negeri telahpun menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan itu agar persekitarannya terus terpelihara.