Ibu bapa ada anak HFMD perlu diberi cuti sekurang-kurangnya seminggu

Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia mencadangkan ibu bapa bekerja yang mempunyai anak yang dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) diberi pelepasan cuti sekurang-kurangnya seminggu bagi mengelak kanak-kanak terlibat dihantar ke TASKA. Presidennya, Norsheila Abdullah berkata, langkah itu bagi mengekang penularan wabak HFMD daripada menjangkiti kanak-kanak lain di premis asuhan.