Ibu bapa main peranan didik anak berkelakuan baik di tempat awam

Dalam mendidik dan mendedahkan anak-anak kepada suasana berjemaah di masjid ketika bulan Ramadan. Ibu bapa perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dalam menjaga perlakuan anak-anak mereka. Ia bagi memastikan tingkah laku kanak-kanak itu bermain tidak akan mengganggu jemaah-jemaah lain yang sedang beribadat, khususnya solat tarawih. Bagi, Pakar Psikologi Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengenai tatatertib perilaku di tempat awam agar boleh mengawal diri mereka termasuk ketika berada di masjid.