Tutup

Ibu maut, anak parah kemalangan di Gemas

Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia lima tahun cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, pada Rabu. Dalam kejadian pukul 12 tengah hari, Mariani Ahmad, 31 tahun, yang memandu kereta jenis Honda City meninggal dunia di lokasi kejadian selepas keretanya dirempuh sebuah lori tiga tan milik Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS).