Tutup

Ibu tunggal didakwa abaikan tiga anak kandungnya

Seorang ibu tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Berang atas tiga pertuduhan mengabaikan anak kandungnya. Tertuduh Siti Minah Muhammad, 32 tahun memohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda mengikut Seksyen 33 (1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.