Ibu tunggal tujuh anak harapkan pemberian baju raya baharu

Pendapatan sehari hanya 20 ringgit sehari. Anak pula tujuh orang kesemuanya. Dalam kemeriahan umat Islam melakukan persiapan menyambut hari raya dengan membeli pakaian baharu, semua itu nampak mustahil untuk ibu tunggal di sebuah kampung di Gaal, Pasir Putih, Nik Hasmah Nik Pa. Apa yang diharapkan Nik Hasmah, pemberian pakaian baharu untuk dipakai anak-anaknya di pagi Syawal.