ICERD perlu dikaji, ada peruntukan tidak sesuai - PM

Kerajaan belum buat sebarang keputusan berhubung proses meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ini kerana, terdapat beberapa peruntukannya yang didapati tidak bersesuaian dengan apa yang diamalkan Malaysia.