Idea dan Struktur Ekonomi berbeza di era Revolusi Industri 4.0

Lanskap ekonomi dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 memerlukan idea dan struktur ekonomi yang pastinya berbeza dengan apa yang ada sekarang. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam syarahan di Kedutaan Amerika Syarikat semalam menarik perhatian mengenai keperluan dunia melihat kemapanan sesebuah ekonomi pasaran bebas yang dilanda perubahan.