Tutup

Identiti 4 pekerja Myanmar dikenal pasti

Polis sudah mengenalpasti identiti kesemua mangsa warga Myanmar yang maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Lost Paradise Hotel, Jalan Batu Ferringhi Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, mereka ialah Mg Seng Pya dan Mg Htwe masing-masing berusia 38 tahun dan Nai Cho Inn dan Aung Tun Aye masing-masing berusia 49 tahun.