Idris Haron didesak lepaskan jawatan

UMNO bahagian Tangga Batu mendesak Datuk Seri Idris Haron melepaskan jawatannya sebagai Ketua UMNO bahagian itu serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka. Timbalan Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah berkata, bekas Ketua Menteri Melaka itu perlu bertanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional , BN Melaka pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.