Iftar macam pesta, Anwar minta maaf

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf berhubung tindakan pemuda parti itu yang mengadakan program berbuka puasa seperti sebuah pesta. Beliau berkata, pihaknya telah menerima bantahan daripada pihak tertentu yang mengatakan bahawa program tersebut disambut dengan lagu serta bunga api.