Tutup

IGP laporan polis kes tembak di Bayan Lepas

Satu laporan polis telah dibuat berhubung beberapa kenyataan tidak bertanggungjawab yang dimuat naik ke media sosial oleh beberapa individu berhubung satu kejadian melepaskan tembakan oleh pihak polis di Bayan Lepas, Pulau Pinang baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, laporan berkenaan dibuat oleh pegawainya sendiri bagi membolehkan siasatan lanjut berhubung perkara itu diteruskan.