Ihya Ramadan AWANI: Rumahku, Syurgamu

BAGI penganjur rumah kebajikan seluruh negara, ketibaan Ramadan dan Syawal adalah masa yang penuh cabaran. Sama sahaja dengan umat Islam lain, ketua keluarga sudah mula membuat perkiraan memperuntukkan perbelanjaan paling kurang sepanjang sebulan berpuasa. Bertempat di Taman Gombak Ria , sebuah papan tanda diluar pagar sebuah rumah sewa lot tepi dua tingkat beralamat Nombor 1 , Jalan Gombak Ria 3 menjadi penunjuk jalan bagi pengunjung ke Rumah Kebajikan Raudhatul Nurr Jannah. Ruangan IHYA RAMADAH datang melawat untuk bertanya khabar.