Ikut peraturan atau berdepan penarikan lesen

Zuraida memberi amaran kepada pengusaha pemilik 'Food Truck' di seluruh negara yang tidak mengikut polisi ditetapkan. Katanya lesen mereka akan ditarik balik atau dikenakan denda oleh pihak berkuasa tempatan jika mereka gagal mengikut garis panduan yang dikeluarkan.