Imam baru 24 jam sudah diarah letak jawatan, alasan medan politik?

Dianggarkan, hampir seribu menyertai perhimpunan aman membantah pemecatan 25 imam di Perlis, yang dianjurkan Masjid Saidina Umar Al Khatab, di Kangar. Perhimpunan yang diketuai anak kariah masjid itu, mendesak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPS) menarik balik keputusan penyingkiran dan penukaran kesemua 25 imam.