Tutup

IMF sambut baik saranan Tun M, tingkatkan dagangan dalam ASEAN

Pengerusi Dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde menyambut baik saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan kerjasama ekonomi dan dagangan antara sepuluh negara anggota ASEAN dipertingkatkan lagi. Lagarde berkata, itu seharusnya berlaku, dalam usaha memastikan ekonomi ASEAN terus kukuh, dan mampu berdaya saing, seiring dengan ekonomi di rantau lain.