Tutup

Imigresen gempur PATI yang tidak berdaftar dengan E-Kad

Jabatan Imigresen berjaya menahan 196 pendatang asing tanpa izin PATI dalam operasi besar-besaran yang dilakukan di Lembah Klang malam tadi. Mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen seperti menyalah guna permit kerja, tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal melebihi tempoh.