IMPAK beri manfaat kepada belia Perak

Perlaksanaan Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (IMPAK) oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) diyakini dapat membina pelbagai prospek kerjaya bagi golongan anak muda di Perak. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata inisiatif itu merupakan satu kerjasama holistik bersama Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) bgi menggerakkan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri itu.