"Impian Saya Jadi Doktor"

Bantuan pendidikan yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuka jalan kepada pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk menggapai cita-citanya menjadi seorang doktor. Menurut Melanie Grace Billy, 17 tahun, beliau buntu untuk menyambung pengajiannya dalam bidang perubatan berikutan masalah kewangan.