Tutup

Implikasi di Sabah

Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk melebarkan sayapnya ke Sabah menarik perhatian pemerhati politik. Dengan senario politik Sabah yang unik, kemasukan Bersatu dijangka mewarnai lagi pentas politik negeri itu. Kenyataan Presiden WARISAN Mohd Shafie Apdal, bahawa mereka tidak boleh menghalang Bersatu jika parti itu benar-benar berhasrat melebarkan sayap ke negeri itu, menarik perhatian. Ini kerana, sejak menawan Sabah daripada Barisan Nasional, khususnya UMNO, Warisan telah mengumumkan sokongan parti itu kepada Pakatan Harapan.