Tutup

Indonesia ada hak ambil tindakan atasi jerebu

Indonesia memiliki kuasa penuh untuk menguatkuasakan undang-undang di negaranya, pada mana-mana pihak yang terbukti melanggar undang-undang termasuk menyebabkan kebakaran hutan. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata, ASEAN belum mempunyai sebarang akta berkaitan jerebu rentas sempadan dan segala penguatkuasaan undang-undang perlu berdasarkan kepada negara berkenaan.