Tutup

Ini reaksi spontan penerima Anugerah Sastera Negara

"Saya diundang untuk berbicara tentang sastera. Maaf, tidak tahu mengenai perkara ini," kata Dr Siti Zainon Ismail ketika diwawancara dalam Buletin AWANI Khas malam tadi. Buletin tersebut disiarkan khusus untuk membawakan laporan tergempar mengenai pelantikan beliau sebagai Sasterawan Negara, pada Selasa. Ketika pengumuman itu dibuat, Siti Zainon hadir sebagai tetamu dalam siaran langsung berkenaan dan tidak tahu bahawa namanya bakal diumumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.