Tutup

Ini sebab Azmin peluk Rafizi

Tiada siapa menyangka, dua individu yang dilihat sebagai seteru politik, iaitu Datuk Seri Azmin Ali dan Rafizi Ramli, walaupun dalam parti yang sama, akhirnya berpelukan sesama sendiri hari ini. Peristiwa bersejarah itu disaksikan kira-kira 900 perwakilan sewaktu berlangsungnya Kongres Nasional Keadilan kali ke-13 di sini hari ini.