Tutup

Inisiatif baharu JAKIM percepat kelulusan sijil halal

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjaya melaksanakan inisiatif mempercepat dan memperkasakan proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di seluruh negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata inisiatif itu adalah bagi menangani isu berkaitan kelewatan pengeluaran SPHM sama ada di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri.