Inisiatif 'Durian Tourism' tidak lama lagi

Inisiatif ?Durian Tourism? bakal dilaksanakan bagi menggalakkan kemasukan pelancong serta meningkatkan pendapatan rakyat bukan sahaja pekebun malah industri hiliran. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata durian yang menjadi medium kepada inisiatif itu disasarkan bakal meningkatkan kemasukan pelancong luar seperti dari China, Hong Kong, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat.