Inisiatif Voter's Card mudahkan pengundi - SPR

Dalam usaha melancarkan lagi proses pilihan raya di Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan kad pengundi yang akan digunakan buat julung kalinya bermula pada Pilihan Raya Kecil Semenyih. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata inisiatif baharu itu adalah usaha untuk menggalakkan dan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi pada PRK itu.